Selasa, 4 Disember 2012

Vocalis Ertinya Rindu Tidak Paparkan Mukanya!!

Lagu baru ini aku terdengar di YouTube yang bertajuk Lagu Baru 2012 Ertinya Rindu Demo by Airiel Ilham. Siapa dia? tertanya - tanya buat aku, kerana ia tidak menunjukkan wajah dia sebagai vocalis.. Aku memang penggemar Youtube dan selalu aku rajin2 bukak carta lagu baru di dunia musik ini, dan terjumpa satu lagu yang gemar aku dengar yang berjodol ERTINYA RINDU.. Aku naikkan topik ini kerana melodi lagu ini kena dengan sanikata lagunya dan didendangkan oleh vokalis serap basah AIRIEL ILHAM.. "wake up Airiel Ilham".. Ia ada meletakan detail pada info lagunya yang menerangkan Maksud tentang lagu Ertinya Rindu ini dan mengatakan ;

Memberi tahu pada penggemar Cinta,
Apakah Maksud Cinta yang sebenar?,
Selagi ada Cinta, Rindu pasti ada dan bagaimana ianya terjadi?,
Motifnya, tidak semua orang dapat tafsirkan apa itu Cinta & Rindu dan bagaimana ianya terjadi.. Supaya tanya dihati dan fikirkan Jawapannya kerana Cinta itu Adalah Ilmu Tertinggi di mayapada ini, dan jangan meluahkan jawapan dengan kata Nafsu..

Benar, katanya itu pernah aku diterima soalan dari guru ku "Apa maksud cinta yang sebenar?", kami menjawab dengan jawapan yang sama dan cikgu ku balas balik jawapan dari kami "Semuanya Salah", sapai sekarang aku tak dapat lagi jawapannya kerana Cinta Itu Adalah Ilmu Tertinggi Atas Segala Kitab dan Airiel Ilham ada meluahkan pada sanikatannya Ertinya Rindu tentang ketuhanan.. Mungkin Dia tahu jawapannya, atau tidak!! hahaha, Kerana dalam info lagunya mengatakan ;

Song - Ertinya Rindu (Demo).
Lyric By - Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Widjoyo Mahasiddha.
Composer By - Raden Mas Prabhu & Airiel Ilham.
Vocal - Airiel Ilham
Instrumental - Airiel Ilham

Wau!! sape mereka ini!!!? nama2 mereka hebat2 huha.. Bermakna Airiel Ilham ini hebat lah boleh buat instrumental sendiri walaupun demo.. Dan PLISS!! industri muzik tanah air menaikkan lagu ni di radio.. lagu ini membawa maksud yang mendalam kalau dibaca dengan faham..Orang akan mengatakan lagu ini jiwang, bagi aku tidak..

AIRIEL ILHAM tingkatkan prestasi kamu untuk dunia nyanyian..


Airiel Ilham - Ertinya Rindu

Lirik ;

Jika Ku Tanya Padamu,
Apakah Rindu Tafsirkan Untukku,
Agarku Tahu Samakah Rasanya Semua Manusia..

Jika Jawapannya Sama,
Apakah Rindu Pada Tuhan Kita,
Pastikah Berbeza Nilai Rasa Cinta Hati Yang Menerima..

Chorus ;

Rindu Membawa Getar,
Resah Gelora, Ingin Dekatnya,
Tiada Mahu Pisah, Dendam Hendak Bersama,
Tiada Mahu Pisah, Dendam Hendak Bersama..

Agar Rindu Segera Hilang,
Hanya Gembirakan Menjelma,
Selagi Ada Cinta, Rindu Pasti Ada,
Selagi Ada Cinta, Rindu Pasti Ada,

Pernah Aku Fikirkan,
Ertinya Rindu Sama Semuanya,
Rasa di Hati Tiada Berbeza Kenapa Agaknya..

Dapatkah Selagi Manusi,
Rindu Berbeza Rasa Atas Nafsu Jua,
Kekasih Yang Dipuja Tafsir Yang Serupa,
Kata Akan Cinta,
Pada Tuhan Kita,
Tak Mungkin Sama..

Chorus ;

Rindu Membawa Getar,
Resah Gelora, Ingin Dekatnya,
Tiada Mahu Pisah, Dendam Hendak Bersama,
Tiada Mahu Pisah, Dendam Hendak Bersama..

Agar Rindu Segera Hilang,
Hanya Gembirakan Menjelma,
Selagi Ada Cinta, Rindu Pasti Ada,
Selagi Ada Cinta, Rindu Pasti Ada...